Wednesday, July 28, 2010

buah ajaib , buah sihat , buah markisa@buah susu















buah ni la yang mampu buat air liur aku mengalir


ada sesiapa tak tahu buah markisa? mula nya aku pun tak tahu apa benda lah buah markisa ni? tapi bila kakak aku beritahu buah markisa ialah buah susu...OOOOOO panjang la jawabnya....

















aku dengan buah markisa...berbuah lebat






semuanya bermula dari tahun lepas tahun 2009...kakak aku tanam sejenis tumbuhan merayap...aku tanya apa benda la pokok tu...rupa-rupanya pokok markisa@buah susu....tambah lagi satu ilmu pengetahuan aku tentang pokok (walaupun tak pandai tanam pokok..makan tau lah)


berkilat!!! hai geramnya aku tengok....memang syok tengok buah banyak lebat macam ni!!!















try lah buah markisa ni...sedap , cantik (buat hantaran boleh juga ni!) yang penting banyak khasiat


ok..tambah sedikit info pasal buah markisa ni:
1. buah ni banyak ditanam di kawasan kampung atau pinggir bandar
2. apsal la banyak generasi sekarang , budak-budak muda tak tahu apa kebenda la buah markisa ni (kalau korang rasa mesti korang suka!)
3. buah ni ada warna hijau dan warna ungu
4. pokok ini jenis merayap, pastu suka pulak memanjat
5. sokongan yang kuat diperlukan ya supaya menampung buah-buah yang banyak (sekali berbuah tak ingat tau!! lebat gila!!
6. buah ini dikomersialkan dibeberapa negara tau!! seperti NEW ZEALAND , AUSTRALIA , KEPULAUAN HAWAII
7. khasiat buah markisa ni diperakui turun temurun, zaman-berzaman iaitu bunganya menghasilkan bau wangi, kalau buah markisa warna ungu biasanya dibuat sayuran dan dimakan mentah yang berwarna kuning dijadikan jus....(aku dah try mmmmmmm sedap!!)
8. Vitamin yang terkandung iaitu kaya dengan sumber provitamin A , niasin , ribovlavindan Vitamin C , buahnya boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap , roti dan susu
9. lagi satu!! buat hantaran pon boleh jugak...buah ni cantik tau hijau , berkilat...sekali pandang macam epal hijau...dua kali pandang macam buah markisa ..hahahahah

mmmmmmmmm banyak juga khasiatnya , buahnya cantik , sedap (bagi aku lah)

No comments:

Post a Comment